Episod Satu

Isnin. 2 Jun 2014

9.00am
aku: Hang tau tak Paragon kat mana?
dia: Paragon tu apa? Hahaha
aku: Entahlah, macam shoping mall kot.
dia: Hang nak watpa?
aku: Hang tolong tanya budak ofis hang. sebab tempat tu dekat dengan ofis hang.
dia: Ok. Nanti aku bagitau kalau aku dah tau.

2.45pm
(mesej masuk)
aku dah tau Paragon kat mana.

4.00pm
aku: Hello, hang dah tau kat mana?
dia: aah, hang nak pi sana ka?
aku: aah, aku nak pi sana. hang balik pukul bape ni?
dia: aku kan boss. HAHAHA. suka hati aku nak balik kui bape.
aku: tak habis habis berangan. ok, pukul 5 aku sampai ofis hang, kita gerak ye.
dia: Alright.

5.30pm
(atas motor)
dia: tak silap aku, Paragon straight belakang MPAJ ni kot.
aku: yeke. aku pun tak tau, ikut hang jela. tapi aku bukan nak pi Paragon pun.
dia: HAHH? habis tu hang nak pi mana ni?
aku: tadi, aku google. ada klinik yang ada injection untuk sakit aku ni. alang-alang, aku nak buat blood test sekali.
dia: laa, pasai sakit hang tu ke? ok ok. takpa kita cari sama.

6.00pm
(dalam klinik)
aku: kalau hang nak balik, balik la dulu. aku takut lama.
dia: takpalah, aku tunggu. aku ok je.
aku: hang rasa, berapa kena ye kalau aku amek injection dengan buat blood test pe sume?
dia: mahal bai. aku rasa ratus lebih gak la.
aku: aku dah withdraw RM500 ni. mintak mintak tak lebih. kalau lebih, aku pakai duit hang tau. HAHAHA.
dia: macam biasalah, interest jangan lupa. HAHAHA

"MUHAMMAD ****M!" panggilan dari jururawat.

aku: cuak la siot.
dia: gedik, takda pape la. pi jela.
aku: eeh,lupa plak. aku kan adi putra. mana boleh cuak.
dia: hahaha. adi putra mana sakit.

setelah menerima rawatan dari doktor.

dia: ngantuk aku tunggu hang.
aku: haha.padan muka, aku suruh balik tadi taknak.
dia: doktor cakap apa?
aku: next week senin baru tau result. tadi aku kena cucuk bontot.
dia: ohh. habis kena bape ni?
aku: RM375.
dia: bapak mahal. hang sakit pe?
aku: nak buat macam mana. sakit special.
dia: hang nak bawak motor dak ni?
aku: hang bawak boleh? aku punya bontot sakit plak.
dia: lembik, baru kena injection sikit.
aku: hahaha. kesian la sikit orang sakit.
dia: yela-yela, tapi sat. teman aku pi usha raket kat sebelah tu ye.
aku: ok jom. tapi aku tak sembahyang lagi ni. sembahyang kat ofis hang boleh tak?
dia: boleh boleh.

sampai dekat ofis dia.

dia: masuklah, ni la ofis aku.
aku: oh, takpa ke orang luar masuk ni?
dia: takpa. aku penah je bawak masuk dak2 ni gak.
aku: hang sorang je tak balik lagi?
dia: aah. aku balik awal pun nak watpa. hang bukan reti balik awal pun sekarang. duk ofis, online lagi best.
aku: tunggulah aku off peak nanti. kompem hari hari aku balik petang.
dia: dah, hang nak sembahyang kan? tunggu sat aku buka kan lampu. hang da la takut gelap?
aku: (alahai budak ni. cakap men sedap je) hahahha.bila plak aku takut gelap nya.

selesai aku solat.

dia: hang pose kan?
aku: aah. aku x tau nak buka mana.
dia: hang bukan boleh makan macam macam pun. hang nak makan pe?
aku: aku ingat, nak makan pulut mangga dekat kawasan masjid Muadz tu. hang ok tak?
dia: ok je. tunggu lepas magrib dulu la. hujan lagi pun ni.
aku: tapi bagi aku beli air kat speedmart bawah ni sat. aku nak buka pe kat ofis hang ni.
dia: ok ok. jom jom.

sepanjang perjalanan dari ofis dia, kami di temani hujan yang semakin lebat sehinggalah aku dan dia sampai ke kedai makan tersebut.

dia: hang tak boleh lead jalan la, hang slow. habis lencun aku di buatnya
aku: hahaha. aku plak slow. motor hang yang lembap.
dia: ni kedai yang hang cakap tu?
aku: aah, akhirnya aku tau gak kedai ni setelah kian lama yat tak nak bagitau.
dia: awat sebelum ni dia tak bagitau ke?
aku: hang tau la kalau datang dia punya spender basah tu. hang tanya macam cakap dengan spender tergantung kat tingkap bilik je. takda respond.
dia: haha. dia malas nak layan hang la tuh. habis tuh, camna dia boleh bagitau plak?
aku: hang ingat tak, sabtu lepas aku AGM kt PWTC dgn dia?? time tu la mood dia baik macam kami bestfrend time study dulu.
dia: habis tu, sekarang ni dia macam mana?
aku: sekarang ni kami dah x macam dulu. hang tau kan kami memang macam belangkas time study dulu. tapi da masuk kerja ni, kami macam dah x kenal satu sama lain dah kat ofis tu. macam bukan satu bilik dengan satu rumah dah.
dia: (hanya mampu tersenyun) habis masa hang satu kereta dengan dia time pi kenduri semalam? ok tak?
aku: takda lah ok sangat. tapi ok sikit la. hang ingat tak yang kita pi melaka sama, aku, hang dia ngn yed?
dia: aah. awat?
aku: time tu ngn time AGM ritu jela yang buat aku asa kami ni best fren macam dulu lagi. time lain dah takda da.

"aku harap sangat , hang tak jadi macam dia. mungkin ada salah aku kenapa kami dah tak seerat dulu, tapi aku redha. rupanya tuhan itu adil, Dia kurniakan hang dalam hidup aku sebagai teman.."

aku: kak, order.
dia: barli panas saaa.
aku: barli panas dua kak!
dia: sibuk je!
aku: nasi goreng kosong, taknak sambal belacan, daging udang ayam dan telor.

dengan muka pelik akak tu pun berkerut dengar aku punya order.

dia: dia sakit kak, dia boleh makan sayur je. doktor tak kasi makan benda lain.
akak: ohh. bereh2.
dia: saya punya, nasi putih daging black paper.
aku: aduh lupa plak. pulut mangga dengan pulut durian satu.
dia: banyak nya. habis ke? order la satu satu kasi habis dulu.
aku: alaa, dah lama kan aku nak makan benda ni. lagi pun, kan aku pose.nafsu nya memang lebih sikit la.
dia: ikut hang la. tak habis padan muka.


"nah dik, ni pulut mangga dengan pulut durian.."

aku: terima kasih kak.
dia: bismilah dulu.
aku: ok. Bismillahirahmanirahim. akhirnya, dapat gak aku merasa. lama kot aku cari kedai ni.

"terima kasih temankan aku makan kat kedai ni. kedai yang aku harapkan kawan baik aku yang dulu bawak aku dan dia makan bersama. tapi, hang gak yang teman kan aku.."

dia: tuh nasi hang sampai. jangan makan dulu, cium ada bau sambal belacan tak.
aku: (menghidu) hurmm, macam takda je. cuba hang bau plak.
dia: aah la takda. ok, selamat untuk di makan.

maka, aku pun bercerita tentang sakit aku. rawatan dan segala pantang larang aku ceritakan. buat masa sekarang, dia sorang saja yang tau lebih tentang sakit aku. aku percaya, dia boleh simpan rahsia ni. 

bukan itu sahaja, dia pun bercerita tentang family dia, opah dia, secara lebih dalam. mungkin setelah kian lama kami kenal, dia baru terbuka untuk cerita dengan lebih terperinci kepadaku, setelah kami rasa kami lebih erat dari hanya kawan biasa.

satu-satu cerita kami bualkan, tak putus putus kata keluar dari mulut masing-masing, ibarat larian button yang bergilir-gilir pass kepada pelari lain, begitu juga lah keadaan kami pada malam itu. sehingga tak sedar lebih sejam kami berada di kedai makan.



10.00pm

aku dah mula masuk ke bilik, nak tido. pasal sakit aku akan datang lepas pukul 10 macam tu. masa tu la, dia rasa cam nak cucuk cucuk. tapi, aku nak tido je, dia masuk. kalau dia masuk, mesti dia sibuk nak kacau aku.

dia: nanti hang dah tido, aku curi bantal peluk hang.
aku: yang pink tu kan hang dah amek. ni aku punya la.
dia: takda takda. aku nak rembat gak.
aku: hahaha. hang rembat la, aku rembat balik.
dia: bantal bantal bantal...
aku: dah la, kuar. aku nak tido.
dia: hahaha. bantal bantal bantal..